FBS Malaysia - Traders Fair & Gala Night Malaysia 2019 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

FBS Malaysia - Traders Fair & Gala Night Malaysia 2019


Setelah terinspirasi, kami kini bersedia untuk berevolusi dan ingin berkongsi tentang Traders Fair & Gala Night Malaysia yang telah berlangsung pada 27 April 2019 di Hotel InterContinental Kuala Lumpur.


FBS telah diberikan penghormatan menjadi penaja rasmi dan peserta acara ini. Terkenal sebagai salah satu yang paling berpengaruh di rantau ini, ekspo ini ternyata memberikan hasil yang baik untuk berkomunikasi, berkongsi ilmu, dan networking. Ia mengumpulkan 6000 orang tetamu, semuanya bersemangat tinggi untuk mengetahui trend terkini, pengetahuan dan perkakas-perkakas inovatif terbaru.

Pasukan Malaysia kami yang ramah telah menyantuni para pedagang dan rakaniaga di gerai kami. Topik seperti kripto dan perdagangan CFD, promosi dan program rakaniaga telah menarik minat besar para tetamu. Tetamu-tetamu yang hadir telah mengakui Analitik kami yang komprehensif banyak membantu baik bagi newbies mahupun profesional untuk berasa selesa dan yakin beraksi di pasaran.

Aplikasi FBS untuk peranti mudah alih ternyata memang dinanti-nantikan. FBS CopyTrade adalah salah satu dari aplikasi yang paling ditunggu ramai. Ia berfungsi sebagai jaringan perdagangan sosial yang membolehkan pelabur meniru urusniaga yang sukses. Aplikasi terbaru FBS Trader juga mendapat perhatian ramai. Walaupun ia ringkas, tetapi ia amat ampuh sekali, menyediakan pelbagai perkakas statistik dan perdagangan. Selain dari itu, ia juga boleh digunakan secara on-the-go, dan ini bermakna anda boleh mengakses apsaran pada bila-bila masa di mana jua.

Seperti biasa, FBS datang ke acara ini dengan pelbagai hadiah. Kami telah mengadakan cabutan bertuah untuk iPhone dan Apple Watch terkini. Selain dari itu gerai kami padat dengan cenderahati, dan apa yang lebih penting, para pengunjung bersedia untuk berkongsi pengalaman, tips dan pandangan mereka.

Sebagai ringkasan, pasukan FBS mengalu-alukan kemasukan ahli baru ke dalam keluarga kami dan bersyukur dapat bertukar-tukar pengalaman dengan mereka yang "sekepala" dengan kami! Terima kasih kerana meluangkan masa anda di hari tersebut bersama FBS. Teruskan semangat anda dan siap sedia untuk acara baru, potensi baru, dan pencapaian baru!







































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini