Jelajah Seminar Forex XM Malaysia - Sabah 20 Julai 2019 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Jelajah Seminar Forex XM Malaysia - Sabah 20 Julai 2019



Strategi Dagangan Swing Avramis

Sukacitanya kami ingin menjemput pedagang atas talian yang baru dan berpengalaman ke seminar kami yang direka untuk memberikan pengetahuan praktikal mengenai teknik-teknik dagangan swing yang boleh digunakan dalam jangka masa panjang untuk mencapai hasil dagangan yang lebih konsisten.

Dalam seminar kami, semua pelanggan baru XM dan sedia ada yang menyertai acara ini akan mempelajari mengapa dagangan swing adalah cara dagangan yang popular, apa yang membezakannya dari dagangan harian dan apa teknik-teknik yang membantu pelabur atas talian memanfaatkan tindakan harga jangka masa pendek apabila berdagang dalam instrumen kewangan yang berbeza.

Setelah anda mendapat gambaran yang jelas tentang bagaimana pasaran global berfungsi dan faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan trend dan harga, anda akan memahami kepentingan menggunakan analisis teknikal. Kami akan menggunakan masa sebaik mungkin untuk menerangkan kepentingan paras rintangan dan sokongan, bagaimana anda boleh mentafsir corak carta pelbagai hari, indikator yang boleh digunakan untuk mengikuti trend dan mengenal pasti instrumen trend yang kuat melawan yang lemah, bagaimana anda boleh menganalisis corak harga dan bagaimana anda boleh menggunakan saiz posisi dagangan yang betul untuk mengurangkan risiko.


Anda juga berpeluang untuk mempelajari cara menggunakan Fibonacci, termasuk Fibonacci retracement, Fibonacci fan dan Fibonacci time zones, serta Indikator Avramis Swing dan Indikator Pertukaran Trend Avramis untuk menilai kekuatan trend, merancang titik entri dan keluar pasaran, serta mengurus risiko dengan pesanan henti kerugian dan ambil keuntungan.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini