Ringgit rendah berbanding mata wang utama lain



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila pelabur beralih minat daripada mata wang AS itu susulan berita kemungkinan Bank Negara Malaysia melaksanakan dasar pelonggaran dengan pengurangan kadar, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1355/1385 berbanding dolar AS berbanding 4.1320/1370 pada Selasa.

Peniaga berkata, mata wang AS melantun sedikit semula daripada kerugian kecilnya kelmarin selepas pelabur mempertimbangkan komen Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell terhadpa unjuran ekonominya.

Fed memberikan petunjuk kemungkinan melakukan pengurangan kadar faedah sebelum akhir tahun.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding hampir semua mata wang utama.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0372/0406 daripada 3.0362/0410 pada Selasa dan rendah berbanding pound British kepada 5.3985/4032 daripada 5.3662/3744.

Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding yen kepada 3.7073/7103 daripada 3.7118/7170, namun meneruskan penurunan berbanding euro kepada 4.6318/6368 daripada 4.6311/6384.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini