ADAKAH FED AKAN MELEMAHKAN USD?



Rizab Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada 19 Jun, jam 21:00 MT (18:00 GMT).

Tahun lalu, Rizab Persekutuan telah menaikkan kadar faedah 4 kali. Ia telah mendukung USD. Namun, En. Trump melihat pengetatan agresif sebegitu sebagai faktor negatif kepada ekonomi dan pasaran saham. En. Presiden semakin lantang mengkritik Fed dan En. Powell. Ketegangan antara kedua-dua pihak semakin meningkat. Tampaknya En Trump mahu mengawal Rizab Persekutuan dan ia sesuatu yang tidak lazim dalam sistem di Amerika.

Adakah Fed akan tunduk kepada presiden?
Semakin ramai penganlisis meramalkan kadar faedah akan dipotong sebelum hujung tahun. Kali ini, bank pusat ini tidak akan merubah kadar. Sungguh begitu, komen-komen dari Fed adalah amat penting sekali. Sebarang petunjuk tentang pemotongan kadar akan menarik dolar AS ke bawah. Jika Rizab Persekutuan terus gagah, USD akan mendapat sokongan.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini