Ringgit ditutup kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup kukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syariat (AS) hari ini didorong keyakinan akan hasil positif daripada rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China di luar mesyuarat G20 di Osaka, Jepun hujung minggu ini.
Pada jam 6 petang, mata wang tempatan berada pada paras 4.1420/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1450/1500 pada Rabu.
Penganalisis penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga, berkata hakikat bahawa AS dan China bersetuju buat sementara waktu untuk berdamai berhubung tarif menjelang mesyuarat G20 menunjukkan masih terdapat harapan bahawa perang perdagangan itu akan berakhir.
"Keputusan yang mesra pasaran adalah untuk kedua-dua pihak, untuk memperlihatkan kerjasama dan iltizam dalam rundingan selanjutnya untuk meredakan ketegangan perdagangan yang telah menjejaskan ekonomi global," katanya.
Semasa urus niaga ditutup, ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0573/0620 daripada 3.0608/0650 pada Rabu dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8420/8446 daripada 3.8490 / 8547.
Ringgit menyusut berbanding pound kepada 5.2649/2716 daripada 5.2571/2651 dan turun berbanding euro kepada 4.7115/7165 daripada 4.7083/7144.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini