Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan selera risiko yang lebih baik di tengah-tengah data ekonomi global yang lebih baik, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1630/1680 berbanding dolar AS daripada 4.1650/1680 penutup Khamis.

MIDF Research dalam satu nota berkata, serangan pihak yang tidak diketahui ke atas dua kapal tangki minyak di Teluk Oman dan Selat Hormuz meletakkan rantau Teluk Arab/Persia yang menghasilkan sebahagian besar bekalan minyak dunia, dalam keadaan bahaya.

Sementara itu, Walmart Inc, Target Corp dan lebih daripada 600 syarikat lain, dalam satu surat Khamis, menggesa Presiden Donald Trump supaya menyelesaikan pertikaian perdagangan dengan China, menyifatkan tarif memberi kesan buruk kepada perniagaan dan pengguna Amerika," katanya.

Pada pembukaan, ringgit, bagaimanapun, didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0454/0495 daripada 3.0477/0504 penutup Khamis, menyusut berbanding yen kepada 3.8422/8471 daripada 3.8401/8440 tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.6938/7011 daripada 4.7006/7061.

Berbanding pound, unit tempatan tidak berubah pada 5.2766/2834 daripada 5.2766/2825.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini