7 Mitos Forex Yang Tersebar Meluas Yang Anda Wajib Berhenti Percayai



Sejak sekian lama, Forex sering dikaitkan dengan banyak perkara yang jelek namun seperti yang kita maklum, orang kebanyakan biasanya takut dengan apa yang mereka tidak mengerti. Kita telah memilih beberapa mitos tentang Forex yang paling meluas tersebar dan cuba untuk menjelaskan mengapa ia harus disanggah.

Mitos #1: "Broker semuanya scammer. Mereka hanya mahu menyeduit duit anda hingga kering"
Benar, ada sesetengah broker yang membuat duit dengan berdagang melawan pelanggan mereka. Syarikat yang korup memang wujud, tetapi mereka hanyalah minoriti — seperti di dalam mana-mana bidang bisnes. Sungguh begitu, Forex adalah pasaran yang terbesar di dunia yang sudah wujud berdekad-dekad, tetapi kejatuhan beberapa broker runcit di masa lalu terus menjadi punca defisit kepercayaan umum.

Ada 2 hujah besar yang membuktikan kepada anda mengapa ia adalah salah.

Perlesenan dan kawal selia membuatkan aktiviti fraudulen mustahil untuk broker. Jika anda berdagang dengan broker yang berlesen, undang-undang melindungi wang anda, menghapuskan risiko berlakunya sebarang aktiviti fraudulen.
Broker-broker Forex menjana pendapatan dengan spread dagangan jual/beli, yang bermakna mereka boleh boleh membeli atas bidaan dan menjual atas tawaran, mengaut keuntungan di atas perbezaan pada spread. Dipermudahkan cerita, mereka tidak perlu merompak anda untuk membuat duit.

Mujurlah, broker penipu mudah dicam hari ini. Carilah broker berlesen yang sudah wujud untuk sekian masa, pasti anda akan baik-baik sahaja.

Mitos #2: "Perdagangan dan perjudian itu lebih kurang sahaja"




Perdagangan Forex sedikit sebanyak memang spekulatif, tetapi tidaklah sampai menjadikannya seperti kasino. Di pasaran Forex, strategi dan pengurusan modal boleh meningkatkan keberuntungan anda dengan signifikan sekali.

Malah, seseorang itu boleh berdagang SEOLAH-OLAH ia satu perjudian dengan "bertaruh" secara rawak, tetapi pedagang sejati berpeluang untuk meningkatkan prestasi mereka dengan mempelajari strategi dan memahami logik di sebalik mekanisme pasaran.

Inilah dia kuncinya: ADA logik di sebalik Forex, dan anda boleh kuasainya, manakala perjudian adalah semata-mata risiko, dan anda tidak boleh mengubah realiti ini.

Inilah perbezaan utama antara perjudian dan perdagangan.

Mitos #3: "Jika anda ada wang lebih, lebih baik anda simpan ia di bank daripada melaburkannya."
Ia bergantung pada apa yang lebih menakutkan anda:

- Kerugian wang

- Tidak berpeluang untuk menjadi boss dalam hidup anda

Forex ialah sebuah peluang pelaburan yang rumit, namun menyimpan wang anda di bank tidak layak dipanggil pelaburan pun. Secara teknikalnya, pelaburan berorientasikan pulangan di masa hadapan, justeru terkait dengan risiko tidak kira besar atau kecil.

Mitos #4: "Hanya profesional boleh berjaya dalam perdagangan"




Ini poin yang paling mudah dibidas — lihat sahaja ratusan kisah kejayaan yang menampilkan orang-orang biasa yang bermula tanpa mempunyai apa-apa ilmu kewangan sekali pun.

Bagaimana pun, itu tidak bermakna anda tidak perlu pelajari dinamik kerja di Forex. Anda boleh MASUK pasaran sebagai amatur, tetapi anda perlu belajar dan berlatih jika anda mahu BERJAYA.

Mitos #5: "Jika anda tidak punyai wang yang banyak untuk deposit, anda tidak akan berjaya di pasaran Forex"
Mitos ini sebenarnya satu kebenaran, tetapi kebenaran yang sudah ketinggalan zaman: dahulu, orang kebanyakan tidak dapat mengakses pasaran Forex melainkan mereka kaya-raya dan mampu melaburkan amaun sekitar 6-7 digit.

Penciptaan perdagangan online merubah semua hal yang tersebut.

Kini semua orang mampu berdagang di Forex — sebagai contoh, deposit minimum di FBS bermula dari serendah $1. Di samping itu, broker juga menawarkan bonus alu-aluan dan servis-servis khas yang membantu pemula baru bermula.

Hari ini, sambungan internet yang stabil, telefon pintar atau laptop yang sederhana, dan sejumlah kecil wang adalah apa yang diperlukan untuk memasuki pasaran.

Mitos #6: "Anda perlu berhenti kerja dan bergiat di Forex sepenuh masa jika anda mahu berjaya sebagai seorang pedagang"
Forex tampak menakutkan untuk ramai orang kerana mereka percaya mereka perlu melakukan perubahan karier yang radikal, berhenti kerja dan berlayar ke lautan yang tidak dikenali. Menakutkan, bukan?

Anda boleh "pandu uji" berdagang sebagai kerja sambilan. Mujurlah, ada banyak perkakas yang boleh membantu anda menguruskan urusniaga anda tanpa perlu berhenti kerja. Sebagai contoh, anda boleh gunakan Expert Advisors untuk mengautomasikan dagangan anda, gunakan aplikasi seperti FBS Trader untuk berkerja "on-the-go", atau FBS CopyTrade untuk meniru urusniaga para pedagang profesional.

Malahan, ada ramai orang di seluruh dunia menganggap perdagangan sebagai pendapatan sampingan dan beralih kepada perdagangan sepenuh masa hanya bila mereka sudah cukup berpengalaman.

Mitos #7: "Turun naik pasaran adalah rawak dan mustahil diramalkan"
Ia mungkin tampak begitu jika anda melihat carta yang memaparkan situasi jangka pendek. Bagaimana pun, jika anda melihat lebih dekat, anda akan nampak bahawa harga bergerak di dalam trend, dan trend ini tidak rawak langsung.

Alat-alat analisis teknikal akan membantu anda menganalisis situasi, mengenal pasti trend, dan berdagang berdasarkannya untuk meraih keuntungan.

Jelas sekali, ekonomi global terlalu rumit dan sangat dipengaruhi oleh beberapa faktor, yang menjadikannya mustahil untuk membuat ramalan yang tepat pada setiap masa. Dari satu sisi lain pula, apa yang penting adalah sama ada usaha berdagang anda secara puratanya menguntungkan atau tidak.


 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini