Ringgit dibuka lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lemah


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kerugian minggu lalu untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh jualan berterusan mata wang tempatan berikutan lebih banyak pelabur beralih kepada mata wang selamat, kata peniaga.

Pada jam 9.20 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1420/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1340/1370 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Seorang peniaga berkata, dolar AS kembali mendapat momentum selepas data pekerjaan AS yang kukuh pada Jun, mencadangkan Rizab Persekutuan AS tidak akan melaksanakan pengurangan kadar faedah secara agresif dalam waktu terdekat.

Ringgit, bagaimanapun didagangkan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8158/8205 daripada 3.8267/8306 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6486/6547 daripada 4.6557/6607.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0445/0479 daripada 3.0460/0493 pada Jumaat, namun mata wang tempatan jatuh berbanding pound kepada 5.1891/1945 daripada 5.1882/1932.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini