Ringgit terus lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus lemah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang lemah selain rundingan perdagangan antara AS dan China kini kembali tegang, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1130/1150 daripada 4.1125/1165 berbanding dolar US ketika ditutup pada Rabu.

Laporan berita menyebut bahawa kemajuan dalam perbincangan perdagangan AS-China terhenti ekoran kerajaan AS memutuskan untuk menangani permintaan Beijing agar mengurangkan sekatan ke atas Huawei Technologies Co.

Minggu lalu, perunding perdagangan AS dan China membincangkan mengenai langkah-langkah seterusnya, namun pegawai tidak menyatakan sebarang perkembangan selepas itu.

Walaupun satu lagi perjumpaan dijangka berlangsung minggu ini, Beijing sedang menunggu untuk melihat apa yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap Huawei sebelum membuat komitmen, memetik sumber yang mengetahui perkara itu.

Seorang peniaga berkata kejatuhan harga minyak baru-baru ini juga menjejaskan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.

Unit tempatan diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.8161/8187 daripada 3.7991/7031 pada Rabu dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.1269/1310 daripada 5.1003/1057.

Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.6189/6228 daripada 4.6122/6183 dan turun kepada 3.0234/0253 berbanding dolar Singapura daripada 3.0221/0255.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini