Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurunkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ekoran kurangnya minat belian ke atas mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1410/1440 berbanding dolar daripada 4.1390/1420 pada penutupan semalam.

Penganalisis pasaran FXTM, Han Tan, berkata indeks dolar AS kukuh sekitar 97.37 mata, dengan kebanyakan mata wang Asia menyusut berbanding dolar.

“Tanpa sebarang perkembangan mengenai rundingan perdagangan AS-China, ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell dijangka menjadi perhatian minggu ini untuk potensi pemangkin pasaran.

Prestasi data gaji bukan ladang bagi Jun yang lebih tinggi berbanding jangkaan, menunjukkan pasaran pekerjaan AS kekal berdaya tahan, yang akan menggalakkan bank pusat dunia itu mengekalkan rancangannya untuk menurunkan kadar faedah,” katanya.

Dalam negara, keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank (MPC) Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus tidak memberi impak ke atas nota tempatan, memandangkan pasaran sudah mengambil kira keputusan dasar monetari berkenaan.

Pada penutupan, ringgit didagangkan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8022/8060 daripada 3.8158/8189 pada Isnin dan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0411/0444 daripada 3.0436/0463.

Nota tempatan juga kukuh berbanding euro kepada 4.6392/6429 daripada 4.6473/6511 dan tinggi berbanding pound kepada 5.1601/1647 daripada 5.1882/1937 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini