Strategi perdagangan Two-Stochastics


Mempunyai satu osilator stokastik di carta sewaktu berdagang sentiasa membantu. Tetapi bagaimana dengan dua osilator stokastik? Hari ini FBS akan menjelaskan kepada anda manfaat menggunakan dua osilator stotkastik dan akan menerangkan berkenaan satu strategi berasaskannya yang ringkas tetapi efektif.

Langkah pertama – Memasang indikator tersebut

Untuk strategi perdagangan ini kita perlu memasang dua osilator stokastik dengan tetapan berikut:

• %K period = 9, %D period=3, Slowing=3 – osilator pantas;

• %K period = 21, %D period=9, Slowing=9– osilator perlahan, yang digunakan sebagai penyaring (filter).

• Aras terlebih jual (oversold) = 20 dan aras terlebih beli (overbought) = 80. Untuk aset yang kemeruwapan rendah, anda boleh anjakkannya ke 30 dan 70.

Anda boleh masukkan tetapan ini di tetingkap "Parameters" indikator.



Tetapan di atas berkesan digunakan dengan rangka masa M5-M15

Langkah kedua – Masuk posisi

Secara amnya, anda boleh buka posisi bila syarat-syarat di bawah dipenuhi.

• Anda boleh buka posisi long bila garisan stokastik pantas menyilang bersilang sesama sendiri di dalam zon terlebih jual dan garisan stokastik perlahan terletak di zon terlebih jual.

• Anda boleh buka posisi short bila garisan stokastik pantas menyilang bersilang sesama sendiri di dalam zon terlebih beli dan garisan stokastik perlahan terletak di zon terlebih beli.

Jika anda seorang pedagang yang berhati-hati, anda boleh menantikan osilator pantas meninggalkan zon terlebih jual/beli. Dalam kes sebegini, anda boleh mendapat kurang signal palsu, tetapi dalam masa yang sama anda mungkin terlepas beberapa posisi yang menguntungkan.Seperti biasa, anda letakkan renti rugi anda di minimum/maksimum tempatan yang terakhir, atau di belakang high/low candlestick signal bila anda buka posisi. Anda ambil keuntungan bila garisan indikator stokastik perlahan meninggalkan zon terlebih beli/jual.

Mari pertimbangkan contoh berikut: Pada carta M15 EUR/USD, kedua-dua indikator stokastik perlahan dan laju bergerak di dalam zon terlebih beli. Kita tunggu persilangan garisan stokastik pantas bersilang di dalam zon ini dan buka posisi short di harga pembukaan candlestick berikutnya di 1.1386. Renti rugi kita diletakkan di 1.1389 (lebih tinggi dari rintangan sebelum ini) dan kita letakkan ambilan untung pada 1.1378.




Notis penting: Strategi ini berkesan bila berdagang dengan pasangan yang tinggi kemeruwapan. Ia tidak disyorkan untuk pasaran lain selain dari Forex.

Kesimpulan

Di dalam artikel ini, kami menjelaskan bagaimana anda boleh menggunakan dua osilator untuk scalping yang berjaya. Bagaimana pun, anda perlu berhati-hati dan beri perhatian kepada signal palsu.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini