Akaun demo



Anda tidak perlu terus melaburkan wang anda sendiri ke dalam Forex. Kebanyakan broker menawarkan akaun latihan demo, yang membolehkan anda menguji pasaran Forex dengan wang maya menggunakan data pasaran sebenar. Menggunakan akaun demo adalah yang baik untuk belajar berdagang. Anda akan boleh berlatih dengan menekan butang dan memahami semuanya dengan lebih pantas.

Kelebihan dan kekurangan
Namun, setiap sesuatu pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga dengan akaun demo.

Seperti yang sudah kami katakan tadi, sebuah akaun demo akan membolehkan anda berlatih kemahiran anda tanpa memerlukan wang sebenar. Walaupun anda telah melakukan kesilapan, anda tidak akan kehilangan apa-apa. Bunyinya menggoda, tetapi ia ada keburukannya.

Pertama sekali, akaun-akaun demo menawarkan lebih banyak wang daripada apa yang seseorang pedagang akan gunakan dalam perdagangan sebenar. Pedagang boleh memilih sebarang amaun wang untuk latihan. Namun, orang ramai kerap memilih lebih dari apa yang mereka akan gunakan untuk berdagang. Mereka melakukan kesilapan dengan meletakkan wang maya yang lebih. Tetapi di akaun real (live), para pedagang tidak akan mempunyai wang untuk menyerap kesilapan mereka. Tambahan lagi, dengan modal yang besar, pedagang tidak akan memahami kerugian sebenar kerana ia lebih mudah digantikan semula dengan modal besar berbanding dengan modal yang sedikit.

Keduanya, satu lagi kelemahan lain akaun demo adalah kurangnya keterlibatan emosi yang nyata. Ini boleh dijelaskan dari perspektif psikologi. Bila anda tidak akan rugi apa-apa, anda tidak akan mengalami rasa takut. Ketakutan mempengaruhi tingkah laku pedagang dan tidak ramai pedagang yang mampu mengawal emosi mereka. Justeru dari itu, tidak munasabah untuk berlatih dan mengasah kemahiran anda bila anda tidak tahu bagaimana tindak-tanduk anda akan dalam situasi tegang.

Bagaimana untuk mendapatkan faedah daripada akaun demo?
Namun jika anda ikuti beberapa peraturan, akaun demo mampu menjadi alat yang berguna untuk berlatih.

1. Pilih modal yang sama besar dengan pelaburan anda di akaun real.
2. Cuba bayangkan wang yang anda ada di akaun demo adalah benar, dan keuntungan serta kerugian juga benar.
3. Ingat bahawa jika anda gagal mendapatkan keuntungan di akaun demo, anda tidak akan mampu mendapatkannya di akaun sebenar, jadi cubalah untuk memahami unsur-unsur kunci dalam berdagang bila anda menggunakan akaun demo.

Bila perlu menggunakan akaun demo?
Tambahan lagi, ada beberapa situasi di mana anda memang perlu menggunakan akaun demo.

1. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak berdagang di platform perdagangan. Akaun demo akan membantu anda mempelajari fitur-fiturnya dan mengelakkan dagangan secara tidak sengaja.

2. Jika anda mahu mula menggunakan strategi perdagangan baru dan mahu melihat jika ia berkesan buat anda. Anda boleh menggunakan akaun demo untuk backtest strategi ini: anda aplikasikan strategi ini di carta dan lihat jika ia boleh menghasilkan dagangan yang menguntungkan di masa lalu. Selepas itu anda boleh cuba strategi ini di masa sebenar. Ini tentu sekali tidak memberikan jaminan 100% bahawa strategi ini bagus, tetapi ia lebih baik dari tiada apa-apa langsung.

3. Jika anda memutuskan untuk menggunakan program perdagangan automatik, anda boleh uji ia di akaun demo. Program perdagangan adalah robot atau expert advisor yang tidak terkesan dengan emosi. Ia tidak peduli sama ada anda memasangnya pada akaun demo atau real.

4. Jika anda datang ke pasaran Forex hanya untuk melihat kemahiran anda dan bermain dengan kadar tukaran. Bila anda tidak terlalu serius berdagang, ia boleh membawa kepada kerugian besar di akaun real. Jika anda melihatnya seperti sebuah permainan, mainkannya di akaun demo.

Sebagai kesimpulan, bolehlah kami katakan bahawa akaun demo adalah pilihan yang baik untuk berlatih. Anda boleh uji strategi anda tanpa kehilangan wang jika ia tidak menguntungkan. Tetapi anda harus ingat tentang kelemahan-kelemahan perdagangan demo.

Sila maklum betapa deposit real minimum di FBS bermula dari hanya $1. Ini bermakna anda boleh mula berdagang dengan amaun wang yang kecil, justeru menghadkan risiko anda, dan dalam masa yang sama berpeluang untuk meraih keuntungan di akaun live!




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini