Kemaskini penting pada app CopyTrade! - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kemaskini penting pada app CopyTrade!


Anda kini ada sebab yang serius untuk kemaskini app CopyTrade anda. Di versi terbaru app ini, ganjaran komisen ditetapkan pada kadar 5% bagi perdagangan anda.

Bagaimana anda boleh raih keuntungan dengannya

Ramai Pelabur yang tidak mengendahkan para pedagang yang hebat kerana mereka melihat pada komisen, bukan indikator-indikator sebenar. Kini para pelabur akan memilih anda kerana prestasi anda yang mengkagumkan, bukan kerana anda mengenakan caj yang lebih rendah dari pedagang yang lain.

Semuanya sekarang berkisar seputar kuantiti. Dengan komisen yang disetarakan, anda boleh menarik lebih ramai Pelabur ke sisi anda — lantas, membuat lebih banyak keuntungan. Biar prestasi perdagangan anda yang bicara, namun sedikit usaha mengiklankan kegiatan anda boleh meningkatkan keberhasilan anda! Gunakan peluang ini untuk membina reputasi.

Cara-cara menarik lebih ramai Pelabur

Di tempat yang dahulunya tertera komisen, anda kini boleh melihat aktiviti pedagang anda. Ia adalah nisbah peratusan antara bilangan hari sejak akaun dibuka dan bilangan hari di mana anda ada menutup urusniaga.

Lebih tinggi aktiviti, lebih ramai Pelabur yang akan meniru anda. Pelabur boleh menyusun senarai pedagang berdasarkan aktiviti bila mereka mencari pedagang yang menepati kriteria mereka — jadilah pedagang tersebut!


Jika CopyTrade tidak dikemaskini secara automatik, buka senarai app anda atau laman rasmi CopyTrade di AppStore atau Google Play. Hanya tekan butang "Update" untuk menghampiri ambang kejayaan.






Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini