Ringgit dibuka lebih tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit didagangkan lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini walaupun terus didagangkan dalam sentimen merugikan apabila ditekan turun oleh ketegangan dagangan yang berterusan dan kejatuhan menjunam harga minyak dunia semalaman.

Pada jam 9 pagi, ringgit didagangkan kepada 4.1870/1920 berbanding pada dagangan lewat semalam kepada 4.1890/1920.

Pengurus Rakan Perniagaan VM Markets Pte Ltd, Stephen Innes berkata pasaran kini bergerak dalam kitaran penuh sebagai persediaan mendepani cabaran terburuk.

Ringgit didagangkan pada paras dua bulan terendah dan sekali gus menyaksikan prestasi paling lemah unit mata wang tempatan itu sejak 31 Mei 2019, apabila didagangkan kepada 4.1890/1920 berbanding dolar AS pada dagangan.

Bahkan dagangan hadapan minyak mentah juga jatuh pada Selasa termasuk tujuh bulan terendah untuk penanda aras antarabangsa Brent.

Minyak mentah jatuh 87 sen atau 1.4 peratus kepada AS$58.94 setong.

Ringgit didagangkan lebih baik berbanding dolar Singapura kepada 3.0316/0364 berbanding semalam pada 3.0318/0350 dan naik berbanding pound kepada 5.0993/1071 daripada 5.1123/1180.

Namun ia kembali lemah berbanding yen kepada 3.9392/9450 daripada 3.9367/9406 dan turun nilai berbanding euro kepada 4.6920/6992 daripada 4.6917/6963. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini