Ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan dolar AS kembali mengukuh susulan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan dan kelemahan harga minyak, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2050/2090 berbanding dolar AS daripada 4.1900 / 1930 penutup sebelumnya.

Peniaga berkata, perang perdagangan AS-China yang semakin memuncak juga menyebabkan ekonomi global semakin lemah.

Minggu lalu, Presiden Donald Trump mengumumkan tambahan cukai lima peratus ke atas barangan China bernilai AS$550 bilion, sejurus selepas China melancarkan tarif balas terhadap produk AS bernilai AS$75 bilion.

Ambank Research, berkata Rizab Persekutuan AS 'memantau dengan teliti perkembangan' ekonomi dan akan 'bertindak secara bersesuaian', tetapi tidak menjanjikan sebarang langkah pelonggaran kadar faedah.

"Potongan kadar faedah dilihat sebagai cara untuk mengekalkan daya saing ringgit berbanding dolar AS. Ada ruang bagi ringgit melepasi tahap 4.20 berbanding dolar dalam tempoh terdekat. Pada pandangan kami, bagi ringgit untuk melepasi paras 4.20 adalah secara beransur-ansur.

"Tumpuan kami adalah pada penetapan yuan China yang dijangka akan dilemahkan lagi berbanding dolar AS," katanya dalam satu nota hari ini.

Ia juga mengatakan bahawa kelemahan dalam yuan China akan mempengaruhi pergerakan mata wang lain di rantau ini, termasuk rupee India, dolar Singapura, won Korea, rupiah Indonesia, dan ringgit berbanding dolar.

Ringgit juga didagangkan lebih lemah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding yen pada 3.9971/4.0021 daripada 3.9284/9327 dan lemah berbanding euro pada 4.6848/6897 daripada 4.6333/6383 sebelum ini.

Mata wang tempatan merosot berbanding dolar Singapura pada 3.0254/0294 daripada 3.0213/0237 dan berbanding pound British pada 5.1579/1640 daripada 5.1147/1201.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini