Ringgit didagangkan lebih rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit didagangkan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas lantunan semula sederhana semalam ketika dihimpit risiko luaran, termasuk ketegangan yang tercetus daripada perang dagangan AS dan China.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1870/1920 daripada paras penutup semalam, 4.1860/1920.

Pengurus Rakan Niaga VM Markets Pte Ltd, Stephen Innes berkata pasaran lebih lega sedikit apabila mengetahui rundingan akan disambung semula tidak lama lagi.

“Bahkan, minyak mentah juga menyaksikan penurunan memberi kesan lebih rendah kepada nilai ringgit hari ini,” katanya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini