Ringgit kembali ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan berita positif bahawa AS dan China akan menyambung semula perbincangan perdagangan.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada paras 4.2030/2080 berbanding dolar AS daripada 4.2150/2200 pada Khamis.

Seorang peniaga berkata, bagaimanapun peniaga dijangka mengambil pendekatan tunggu dan lihat dengan perkembangan rundingan perdagangan itu.

“AS dan China akan kembali semula ke meja rundingan untuk menyelesaikan pertikaian tarif mereka dan diharapkan bank-bank pusat dan kerajaan akan berbuat lebih banyak untuk mengelakkan pertumbuhan global lebih perlahan,” katanya.

Pasaran pertukaran asing akan ditutup pada Isnin (2 September) sebagai gantian sempena cuti umum Awal Muharram pada Ahad (1 September).

Operasi pasaran akan dibuka semula pada Selasa, 3 September

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia didagangkan lebih kukuh berbanding yen pada 3.9487/9545 daripada 3.9671/9729 dan juga berbanding euro pada 4.6393/6465 daripada 4.6685/6745 sebelumnya.

Mata wang tempatan juga lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.0281/0319 daripada 3.0370/0410 dan juga berbanding pound British pada 5.1230/1308 daripada 5.1381/1446.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini