Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit melantun untuk dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan minat belian diperbaharui terhadap unit tempatan.

Pada 9.12 pagi, ringgit berada pada 4.1740/1790 berbanding dolar AS daripada 4.1810/1860 penutup Selasa.

Peniaga berkata, dolar AS merosot menjelang mesyuarat bank pusat di Jackson Hole Jumaat ini, yang mana Rizab Persekutuan AS dijangka memberikan petunjuk berhubung potensi kenaikan kadar faedah.

Ringgit kebanyakannya lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang.

Berbanding yen, ringgit menokok kepada 3.244/9298 daripada 3.9321/9372 pada Selasa, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0133/0171 daripada 3.0164/0204.

Ringgit merosot berbanding pound British kepada 5.0773/0842 daripada 5.0569/0646 tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.6306/6366 daripada 4.6334/6393. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini