Ringgit rendah pada pembukaan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit rendah pada pembukaan



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berikutan kekurangan permintaan terhadap nota tempatan dengan pelabur tidak memasuki pasaran menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) suku kedua oleh Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1910/1960 berbanding dolar AS daripada 4.1870/1900 penutup Rabu.

Peniaga berkata, penganalisis berhati-hati dengan unjuran masing-masing dengan sebahagiannya meramalkan pertumbuhan yang lebih tinggi untuk suku dikaji manakala sebahagian lagi memberikan tinjauan lebih rendah.

“Sebagai contoh, StanChart (Standard Chartered) menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK 2019 bagi Malaysia kepada 4.6 peratus daripada 4.9 peratus, berikutan kesan daripada persekitaran luaran yang buruk," katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, sementara perbelanjaan swasta yang berdaya tahan dijangka menyokong ekonomi daripada ketidakpastian luaran, pertumbuhan tidaklah kebal terhadap persekitaran luaran yang lemah.

Berbanding sekumpulan mata wang lain, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih kukuh, kecuali yen, yang mana ia merosot kepada 3.9564/9622 daripada 3.9359/9398.

Nota tempatan mengukuh berbanding pound British kepada 5.0539/0604 daripada 5.0575/0628, menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0158/0204 daripada 3.0192/0224 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6696/6769 daripada 4.6802/6840.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini