Analisis fundamental vs. analisis teknikal - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Analisis fundamental vs. analisis teknikal


Terdapat beberapa topik yang mencetuskan debat berterusan dan menyemai perseteruan antara golongan tertentu. Perlu beli yang mana satu – iPhone atau Android? Pasukan bola sepak yang mana hendak disokong – Manchester United atau Liverpool? Nah, anda mungkin perasan bahawa tiada jawapan konkrit untuk permasalahan-permasalahan tadi.

Bak kata pepatah: Tepuk dada, tanya selera.

Citarasa setiap orang berbeza: lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya.

Oh, mungkin anda ada kata pepatah lain yang dirasakan lebih sesuai, mari kita teruskan sahaja dengan topik pokok kita. Apa yang kami ingin sampaikan adalah, para pedagang dilanda perdebatan berterusan seputar kaedah terbaik untuk membuat keuntungan di pasaran kewangan.

Teknikal
Sebilangan pedagang meletakkan diri mereka di dalam golongan "pedagang teknikal". Kumpulan ini bergantung kepada pola pergerakan harga dan perkakas teknikal di dalam analisis mereka dan kurang memberikan perhatian kepada arus berita ekonomi. Satu-satunya perkara yang penting, menurut pendapat mereka, adalah harga matawang atau aset kewangan. Lain-lain perkara hanyalah hingar yang menggangu.

Fundamental
Sementara itu, sebuah golongan lain pedagang tidak bersetuju dengan para "juruteknik" ini dan mengesyorkan kaedah fundamental dalam menganalisa pasaran. Golongan ini mentahafus pengumuman perangkaan makroekonomi, memantau berita dengan teliti untuk mengungkai arah pergerakan pasaran di masa hadapan – inilah kumpulan pengikut fahaman analisis fundamental.

Golongan pertama tadi secara amnya terdiri dari pedagang swing dan pedagang harian jangka pendek yang membuka dan kemudian menutup posisi (pesanan) dalam sehari, selang beberapa jam, bahkan sependek beberapa saat sahaja. Golongan kedua pula bertindak lebih strategik; orang-orang ini lebih gemar memeram posisi selama beberapa hari, minggu, bahkan sehingga berbulan-bulan lamanya. Mereka adalah orang-orang yang jantan, memilik karakter yang kuat.

Perbandingan jenis analisis dalam jadual



Kedua-dua analisis fundamental dan teknikal mempunyai kelebihan dan kekurangan, jadi yang terbaik adalah dengan menggabungkan 2 kaedah ini. Dengan cara ini anda akan mendapat gambaran menyeluruh apa yang sedang berlaku di dalam pasaran. Ketika berdagang secara intra-hari (dalam tempoh kitaran harian), gunakan analisis teknikal dahulu untuk menentukan keadaan pasaran, harga masuk berdagang (buka posisi) dan harga keluar (tutup posisi).

Kemudian, gunakan analisis fundamental untuk menyesuaikan strategi anda, mengambil kira acara-acara di dalam kalendar ekonomi. Untuk perdagangan jangka panjang, pertama sekali tentukan trend dengan bantuan analisis fundamental, kemudian tentukan titik masuk dan keluar menggunakan perkakas-perkakas analisis teknikal. Bagaimana cara melukis garisan trend dengan betul?

Anda akan mempelajari lebih mendalam tentang analisis fundamental dan teknikal dari kursus ini.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini