Analisis Teknikal



Analisis Teknikal (TA) adalah kaedah meramalkan prestasi aset di masa hadapan (dalam konteks kita, matawang) berdasarkan prestasi lampau. Berlawanan dengan analisis fundamental yang berkisar tentang “nilai” aset, analisis teknikal hanya melihat pada harga, volum dan lain-lain maklumat pasaran. Sebilangan pedagang menggunakan sama ada hanya analisis teknikal atau hanya analisis fundamental sahaja, sementara yang lain menggabungkannya untuk membuat keputusan perdagangan.

Logik Anlisis Teknikal

TA adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa harga merangkum semua maklumat yang berkaitan, jadi mereka melihat pada sejarah dagangan berbanding data ekonomi dan kewangan. Menurut falsafah TA, tindak tanduk para pedagang secara kolektifknya cenderung menepati corak tertentu. Pengolah carta cuba mengenal pasti trend dan corak yang tertentu, kerana aksi harga cenderung untuk berulang. Juruanalisa teknikal menggunakan indikator dan perkakas khusus untuk mengunjurkan harga.

Rangka masa

Anda boleh menganalisa mana-mana rangka masa yang berikut: bulanan, mingguan, 4 jam, 1 jam, 30 minit, 15 minit, 10 minit, 5 minit, 1 minit. Pilihan rangka waktu bergantung kepada skop analisis anda.

Jenis-jenis carta:

* Carta bar
* Candlesticks
* Carta garisan

Di dalam seksyen ini, anda akan menemui maklumat paling komprehensif dan berguna berkenaan perkakas-perkakas TA: candlesticks, pola, indikator dan lain-lain. Memahami logik dan perkakas Anlisis Teknikal akan memberikan banyak manfaat kepada anda bila berada di dalam pasaran.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini