Apakah Tahap Risiko dalam FXTM Invest? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Apakah Tahap Risiko dalam FXTM Invest?


Tahap Risiko Pengurus Strategi dikira berdasarkan ketaktentuan harian purata. Nilai mutlak bagi semua pulangan harian, sama ada positif atau negatif, sejak hari dagangan pertama sehingga hari semasa ditambah dan dibahagikan dengan bilangan hari dagangan. Contohnya:



Lebih tinggi ketaktentuan harian purata, lebih tinggi Tahap Risiko. Contohnya, Tahap Risiko yang tinggi menunjukkan Pengurus Strategi Agresif yang diwakili dengan 4 atau 5 tanda kilat di bawah lajur Tahap Risiko di halaman Kedudukan Pengurus Strategi Teratas. Mereka berpotensi memberikan pulangan yang lebih tinggi, iaitu untung atau rugi yang lebih tinggi.

Begitu juga, lebih rendah ketaktentuan harian purata, lebih rendah Tahap Risiko dan lebih konservatif strategi Pengurus tersebut.

Contohnya, Tahap Risiko yang rendah menunjukkan Pengurus Strategi Konservatif yang diwakili dengan 1 atau 2 tanda kilat. Pengurus Strategi Konservatif berpotensi memberikan pulangan yang lebih rendah, iaitu untung atau rugi yang lebih rendah.

Ketaktentuan purata sederhana menunjukkan Tahap Risiko sederhana dan Tahap Risiko sederhana menunjukkan Pengurus Strategi Sederhana, diwakili dengan 3 tanda kilat. Pengurus Strategi Sederhana berpotensi memberikan pulangan yang sederhana, iaitu untung atau rugi yang sederhana.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini