Data eksport kukuh naikkan ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Data eksport kukuh naikkan ringgit



KUALA LUMPUR: Ringgit disebut harga pada paras lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa dagangan dibuka awal hari ini berikutan sentimen pasaran bagi mata wang tempatan meningkat dipacu kekukuhan data eksport negara.

Pada 9.14 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1930/1980 berbanding dolar AS daripada 4.2020/2050 penutup semalam.

Peniaga berkata, eksport meningkat 1.7 peratus tahun ke tahun kepada RM87.96 bilion berikutan eksport yang lebih tinggi ke Taiwan, Amerika Syarikat, China dan Singapura, manakala import merosot 5.9 peratus kepada RM73.69 bilion.

"Lebihan dagangan Malaysia pada Julai 2019 naik 75.6 peratus tahun ke tahun kepada RM14.27 bilion. Lebihan lebih tinggi itu membantu memperkukuhkan sentimen terhadap ringgit," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British yang susut kepada 5.1318/1395 daripada 5.1214/1267.

Mata wang tempatan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0287/0330 daripada 3.0311/0341, meningkat berbanding yen kepada 3.9397/9455 daripada 3.9556/9588 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6261/6329 daripada 4.6306/6343.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini