FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BACAAN NFP KALI INI PADA 6 SEPTEMBER 2019


Laporan NFP bagi bulan Ogos akan diumumkan pada 6 September, pukul 15:30 waktu MT.
Ini salah satu dari pengumuman kewangan yang paling dinantikan. NFP (NonFarm Payrolls) melaporkan perubahan bilangan orang yang digajikan sepanjang bulan sebelumnya, tidak termasuk mereka yang berkerja di sektor perladangan. Secara amnya, ia digunakan untuk mengukur kekuatan ekonomi Amerika Syarikat.
Secara umumnya, bacaan yang tinggi dilihat sebagai positif (atau bullish) untuk USD, manakalah bacaan yang rendah dilihat sebagai negatif (atau bearish).

Musim luruh sudah tiba, dan kali ini para pedagang memerhatikan data buruh AS selepas tarif baru dikenakan oleh AS terhadap beberapa barangan China dan tarif serangan balas oleh China terhadap barangan AS.
Indeks Rizab Persekutuan Philadelphia berkenaan penggajian sektor perkilangan jatuh mendadak pada bulan Ogos. Selepas itu Jabatan Buruh melaporkan kehilangan 23,000 pekerjaan perkilangan.
Berdasarkan unjuran, NFP akan meningkat sebanyak 168 ribu pekerjaan. Purata pendapatan per jam dijangka meningkat sebanyak 0.3% dan kadar pengangguran mungkin akan kekal pada aras yang sama iaitu 3.7%. Angka daftar gaji bukan perladangan dan purata pendapatan per jam yang lebih tinggi serta kadar pengangguran yang lebih rendah akan mengangkat USD lebih tinggi.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini