Pasukan Analisis Pasaran FXTM - Jameel Ahmad



ForexTime terkenal kerana kepakaran dalam industri Forex dan pasukan penyelidikan pasaran kami kerap menerbitkan ulasan pasaran untuk memberikan kemas kini kepada pedagang tentang peluang pasaran terkini dan membantu memenuhi potensi strategi dagangan.

Ulasan penyelidikan pasaran yang ditulis oleh pasukan FXTM kerap dipetik dan dirujuk oleh penerbitan media terkemuka di dunia dan juga boleh dilihat sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat yang berterusan untuk melanjutkan pendidikan kepada pedagang di seluruh dunia. Ikuti Jameel Ahmad, Ketua Penganalisis Pasaran kami di Twitter di Jameel_FXTM dan lihatlah semua artikel penyelidikan di sini.



Maklumat peribadi

Jameel Ahmad ialah Ketua Global Strategi Mata Wang & Penyelidikan Pasaran di FXTM. Sejak menyertai syarikat pada bulan Mei 2014 sebagai Ketua Penganalisis Pasaran, beliau telah memainkan peranan yang penting dalam membangunkan profil antarabangsa bagi FXTM di seluruh Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia melalui lawatan media, siaran temu bual dan seminar.

Jameel mengkhusus dalam pembangunan pasaran kewangan dengan penekanan terutamanya pada mata wang global, komoditi dan pasaran baru muncul. Oleh itu, pandangan beliau tentang pasaran kewangan menjadi rujukan dan kerap muncul dalam saluran media terkemuka, termasuk Financial Times, Wall Street Journal, Forbes, Sky News dan New York Times. Beliau juga pengulas siaran yang sangat popular dan kerap dilihat di Al-Jazeera, Bloomberg, CCTV, CNBC dan Reuters.

Jameel memiliki ijazah BA (Hons) dalam Kajian Perniagaan dengan Perakaunan & Kewangan daripada University of the West of England. Beliau menerima biasiswa Iacocca yang berprestij untuk mewakili United Kingdom dalam program latihan kepimpinan dan budaya di Amerika Syarikat, sebelum kemudiannya dipilih untuk bertindak sebagai wakil bagi United Kingdom untuk persidangan Pendidikan Tanpa Sempadan di Emiriah Arab Bersatu. Baru-baru ini beliau menamatkan kursus pendidikan eksekutif dalam Dasar Monetari Bukan Konvensional di Barcelona Graduate School of Economics.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini