Pasukan Analisis Pasaran FXTM - Lukman Otunuga - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pasukan Analisis Pasaran FXTM - Lukman Otunuga


ForexTime terkenal kerana kepakaran dalam industri Forex dan pasukan penyelidikan pasaran kami kerap menerbitkan ulasan pasaran untuk memberikan kemas kini kepada pedagang tentang peluang pasaran terkini dan membantu memenuhi potensi strategi dagangan.

Ulasan penyelidikan pasaran yang ditulis oleh pasukan FXTM kerap dipetik dan dirujuk oleh penerbitan media terkemuka di dunia dan juga boleh dilihat sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat yang berterusan untuk melanjutkan pendidikan kepada pedagang di seluruh dunia. Ikuti Lukman Otunuga , penganalisis pasaran di FXTM kami di twitter Lukman_FXTM dan lihatlah semua artikel penyelidikan di sini.





Maklumat peribadi

Lukman Otunuga ialah penganalisis penyelidikan di FXTM. Pengikut setia peristiwa makroekonomi dengan latar belakang profesional dan pendidikan yang mantap dalam kewangan, Lukman sangat arif tentang pelbagai faktor yang mempengaruhi pasaran mata wang.

Sebelum menyertai FXTM, Lukman bertugas sebagai penganalisis penyelidikan selama dua tahun dengan broker mata wang antarabangsa FXCM. Di syarikat itu beliau menumpukan pada analisis teknikal dan fundamental bagi pasaran mata wang, komoditi dan saham global. Lukman juga bertanggungjawab terhadap seminar pendidikan terkemuka untuk individu bernilai bersih tinggi tempatan dan telah menerbitkan siri artikel pendidikan tentang dagangan forex dengan City A.M. 

Lukman memiliki ijazah BSc (hons) dalam Ekonomi daripada University of Essex, UK dan MSc dalam Kewangan daripada London School of Business and Finance. Di universiti ini beliau mengambil pengajian kewangan korporat, penggabungan & pemerolehan dan peranan institusi kewangan antarabangsa. 


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini