Ringgit defensif menjelang data inflasi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit defensif menjelang data inflasi



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sementara menunggu pengumuman data inflasi Malaysia esok dan keputusan FTSE Russell untuk menyemak semula penyertaan bon kerajaan Malaysia dalam Indeks Bond Dunia (WGBI).

Pada 6 petang, unit tempatan merosot kepada 4.1800/1830 daripada 4.1770/1800 bebanding dolar AS ketika ditutup semalam.

Strategis Pasaran Asia-Pasifik Axi Trader, Stephen Innes, berkata ringgit diniagakan dalam kedudukan defensif menjelang keputusan FTSE Rusell yang berkemungkinan memberi tekanan kepada aliran keluar berikutan wujud sedikit kebimbangan dalam kalangan pelabur asing.

Pada April, FTSE Russell berkata, ia akan menyemak semula penyenaraian bon Malaysia dalan WGBI dan melahirkan kebimbangan terhadap mudah tunai pasaran dan meletakkan Malaysia dalam senarai pemantauan pendapatan tetap .

“Agak ganjil memandangkan sentimen perang perdagangan semakin baik dan yuan juga kian mengukuh, namun secara keseluruhan ringgit terus kekal pada jajaran semasa,” katanya.

Secara keseluruhan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah bebanding mata wang utama.

Unit tempatan menyusut berbanding euro kepada 4.5967/6017 daripada 4.5863/5913 semalam, manakala pound Britain kepada 5.2054/2095 daripada 5.1970/2024 pada Isnin.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0360/0386 daripada 3.0301/0325 namun meningkat berbanding yen kepada 3.8794/8832 daripada 3.8849/8891 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini