Ringgit ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan indeks perkilangan Institute of Supply Management (ISM) AS pada Ogos yang lebih rendah daripada dijangkakan.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada paras 4.2020/2050 berbanding dolar AS daripada 4.2200/2250 semalam.

Indeks Belian Pengurus (PMI) Pembuatan ISM AS bagi Ogos berada pada paras 49.1, bacaan paling rendah dalam tempoh lebih tiga tahun.

Strategi Pasaran Axi Trader Asia-Pacific, Stephen Innes, berkata renminbi pulih daripada paras rendahnya sejak 2008, naik kira-kira 0.2 peratus kepada 7.15 sedolar.

“Ini membantu ringgit mengukuh kepada 4.20 berbanding dolar AS pada penutup,” katanya kepada Bernama.

Malaysia mencatatkan lebihan perdagangan pada Julai 2019 berjumlah RM14.27 bilion, meningkat 75.6 peratus berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan, berkata eksport meningkat 1.7 peratus kepada RM87.96 bilion, terutamanya berikutan kepada eksport yang tinggi ke Taiwan, Amerika Syarikat (AS), China dan Singapura, sementara import menguncup 5.9 peratus kepada RM73.69 bilion.

Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding pound kepada 5.1214/1267 berbanding penutup kelmarin, 5.0585/0658, jatuh berbanding euro kepada 4.6306/6343 daripada 4.6167/6238, dan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0311/0341 daripada 3.0283/0328.

Bagaimanapun, ringgit ditutup tinggi berbanding yen kepada 3.9556/9588 daripada 3.9793/9851 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini