Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit mencatatkan prestasi berbeza hari ini berbanding empat sesi kenaikan terdahulu apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan mata wang negara maju itu lebih kukuh dan sentimen lemah terhadap unit tempatan.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.1780/1810 berbanding dolar AS daripada 4.1700/1730 ketika ditutup pada Selasa.

Pakar Strategi Pasaran Asia-Pasifik Axi Trader, Stephen Innes berkata permintaan terhadap mata wang tempatan adalah lemah menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia selain pengumuman pengecualian Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI) oleh FTSE Russell.

“Pengumuman pengecualian Bon Russell semakin hampir, menyebabkan pasaran mengalami tekanan bagaimanapun saya berpandangan Russell akan mengecualikan bon Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0295/0328 daripada 3.0224/0254 semalam dan lemah berbanding pound British pound to 5.1648/1702 daripada 5.1387/1432.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8786/8824 daripada 3.8852/8891 pada Selasa dan tinggi berbanding euro kepada 4.6033/6079 daripada 4.6062/6099

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini