Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selaras dengan kebanyakan mata wang Asia disebabkan ketegangan di Asia Barat dan mesyuarat Rizab Persekutuan AS yang akan datang telah mengurangkan selera untuk risiko.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.1810/1850 berbanding dolar AS daripada 4.1630/1660 yang direkodkan pada Jumaat lalu.

Peniaga berkata, pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat di hadapan keputusan Rizab Persekutuan menjelang Rabu ini ke atas kadar faedah dengan sebahagian besar pasaran menjangkakan ia akan memotong 25 mata.

“Sementara itu, serangan hujung minggu ke atas fasiliti pengeluaran minyak mentah Arab Saudi, yang menyebabkan hubungan AS-Iran semakin tegang dan melonjakkan harga minyak, terus memberi tekanan ke atas mata wang pengimport minyak bersih dan ekonomi yang sensitif risiko,” katanya.

Sementara itu, ringgit ditutup kebanyakannya lebih rendah berbanding dengan sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ia menurun berbanding dolar Singapura kepada 3.0345/0379 daripada 3.0318/0345 tetapi menokok berbanding Yen kepada 3.8624/8671 daripada 3.8550/8581.

Ringgit juga merosot berbanding pound British kepada 5.1840/1907 daripada 5.1829/1883 dan lemah berbanding Euro kepada 4.6058/6115 daripada 4.6039/6084.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini