Ringgit lemah, tunggu keputusan semakan FTSE Russell - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit lemah, tunggu keputusan semakan FTSE Russell



KUALA LUMPUR: Ringgit mencatat penurunan susulan pelabur menunggu keputusan semakan kedudukan bon Malaysia dalam senarai penanda aras, FTSE Russell.

Mata wang tempatan susut 0.1 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada RM4.195 selepas kenaikan 0.6 peratus dalam tiga sesi dagangan sebelumnya.

FTSE Russell dijadual mengumumkan keputusan semakan semula awal pagi esok selepas pasaran AS ditutup.

Jika FTSE menggugurkan Malaysia daripada senarai Indeks Bon Kerajaan Global (WGBI), penganalisis menjangka mata wang tempatan akan terus susut kepada paras halangan iaitu RM4.23.

Beliau berkata, ringgit akan melantun semula jika Malaysia dikekalkan dalam senarai WGBI dan ramai peniaga juga sudah membuat lindung nilai.

Sebelum ini, firma kewangan terkemuka, Morgan Stanley menjangka, FTSE akan mengekalkan Malaysia dalam indeks berkenaan.

Ia selepas Bank Negara mengambil langkah awal untuk memperkemaskan dagangan mata wang di peringkat domestik.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini