Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini dengan permintaan yang lebih baik terhadap nota tempatan, susulan penerbitan data perkilangan AS yang lemah.

Pada 9.04 pagi, ringgit berada pada 4.2120/2180 berbanding dolar AS daripada 4.2200/2250 penutup semalam.

Peniaga berkata, aktiviti pembuatan AS bagi Ogos merosot untuk pertama kalinya dalam tempoh tiga tahun, mencatat bacaan 49.1 berbanding 51.2 pada Julai.

"Dengan data yang lemah ini, peserta pasaran percaya bahawa terdapat lebih banyak pusingan pemotongan kadar faedah akan dibuat Rizab Persekutuan tahun ini, menjadikan ringgit lebih menarik bagi pelabur," katanya.

Sementara itu, ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.9770/9838 daripada 3.9793/9851, tetapi lebih lemah berbanding dolar Singapura pada 3.0293/0348 daripada 3.0283/0328.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini