Ringgit teruskan penyusutan



KUALA LUMPUR: Ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas pelabur kekal berhati-hati di hadapan keputusan FTSE Russell sama ada untuk mengekalkan bon Malaysia dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI).

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.1930/1980 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1920 yang dicatatkan semalam.

Pakar Strategi Pasaran Axi Trader Asia-Pacific, Stephen Innes, berkata pengumuman yang akan berlaku menyebabkan pelabur teragak-agak walaupun Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pada bulan lalu bahawa bank pusat mempunyai perbincangan yang positif dengan pembekal indeks bon global itu, mengenai kemungkinan mengekalkan bon Malaysia dalam WGBI.

"Bagaimanapun, keadaan boleh berubah dengan pengumuman yang berlaku pada 5 petang (5 pagi waktu tempatan), yang mempunyai risiko kecairan yang mencukupi dan keadaan ini harus dipantau teliti," katanya.

Pada penutup, ringgit, bagaimanapun, didagangkan lebih kukuh berbanding dengan mata wang utama yang lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0347/0392 daripada 3.0401/0434 dan menokok berbanding yen kepada 3.8958/9011 daripada 3.9013/9061.

Berbanding euro, unit tempatan itu bertambah kepada 4.5842/5914 daripada 4.6060/6108, manakala berbanding pound British, ia melonjak kepada 5.1658/1736 daripada 5.2090/2157 berikutan kebuntuan Brexit.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini