Seminar XM Percuma mengenai Teknik Konfluens Forex di Kuala Lumpur - 12 Oktober 2019 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Seminar XM Percuma mengenai Teknik Konfluens Forex di Kuala Lumpur - 12 Oktober 2019


XM meneruskan lagi program pendidikannya untuk menyediakan pelabur atas talian di seluruh Asia Tenggara dengan bimbingan profesional mengenai teknik-teknik dagangan forex.

Pada 12 Oktober, seminar kami bertajuk Teknik Konfluens dengan Indikator Avramis River akan tiba ke pusat kewangan Malaysia, Kuala Lumpur, dengan penyampaian oleh pakar pasaran terkemuka dan pakar pendidikan forex yang berdedikasi iaitu Zulle Razak.



Acara yang akan berlangsung di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur menanti semua dengan pintu terbuka bagi yang berminat dalam membangunkan kemahiran pelaburan mereka dengan bantuan bimbingan praktikal. Oleh kerana matlamat seminar adalah untuk mengajar para peserta seminar tentang cara bagaimana menggabungkan pelbagai alatan analisis teknikal ke dalam satu strategi dagangan yang cekap, beberapa aspek dalam amalan pelaburan akan disemak, yang setiapnya adalah berkaitan untuk mencapai hasil yang lebih konsisten.

Untuk menunjukkan kecekapan penggunaan konfluens dalam beberapa senario dagangan yang berbeza, Zulle Razak akan menghuraikan bagaimana pelbagai aspek dagangan atas talian yang berkait rapat dan bagaimana data pasaran yang boleh dipercayai dapat dikumpulkan dan ditafsirkan apabila melabur dalam pelbagai instrumen kewangan. Selain itu, salah satu kemuncak utama penyampaian beliau ialah penggunaan alat analisis teknikal milik Tradepedia iaitu indikator Avramis River.

Kami berharap dapat menyambut kedatangan pelanggan baru dan sedia ada kami ke seminar yang akan datang. Untuk membaca lebih lanjut dan menempah tempah duduk anda secara percuma pada acara ini, sila klik sini.





Hasil Pembelajaran

- Ketahui cara untuk menggunakan teknik konfluens semasa melabur dalam pelbagai instrumen
- Pelajari cara untuk menggunakan saiz posisi dagangan yang betul bagi menguruskan pendedahan risiko
- Ketahui cara untuk menggunakan indikator teknikal dalam pasaran yang mendatar
- Pelajari cara untuk menggunakan Avramis River untuk melihat instrumen dalam aliran yang kuat dan lemah
- - Ketahui cara untuk mengenal pasti paras sokongan dan rintangan dengan mudah
Bangunkan strategi anda sendiri dan memantau prestasi dagangan anda

Cabutan Bertuah *

Hadiah ke-1: Huawei MediaPad M5 Lite
Hadiah ke-2: Huawei MediaPad M5 Lite

Cabutan bertuah akan diadakan di dewan seminar di mana kami akan mengumumkan pemenang bertuah secara langsung.

Untuk melayakkan diri ke dalam cabutan bertuah XM, pelanggan perlu

- daftar dan menghadiri kedua-dua seminar dan sesi cabutan bertuah
- mempunyai akaun nyata XM yang telah disahkan dengan baki sebanyak $50
- Semua hadiah yang ditawarkan oleh XM.

Daftar Tempat Duduk Anda Di sini

Seminar ini adalah percuma. Sila ambil perhatian bahawa untuk pendaftaran seminar, anda perlu memiliki satu akaun nyata XM dengan baki minima sebanyak USD 50. Untuk membiayai akaun anda, klik sini. Jika anda masih belum memiliki akaun nyata, anda boleh membuka satu akaun di sini.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini