Jurnal Perdagangan - Masuk dan Keluar



Baiklah, terlebih dahulu mari kita semak definisi penjurnalan. Jangan google — tapi bayangkan! Saya percaya anda membayangkan seorang anak dara sunti sedang mencoretkan mata pena ketika merakamkan pengalamannya dilamun cinta pertama. Atau anda melihat seorang anak muda yang kecelaruan hormon, meluahkan fikirannya ke atas kertas, kemudian menggumpalkannya. Nah, konotasi ini menyimpang jauh dari realiti dunia dewasa. Namun, benarkah?

Penjurnalan Perdagangan adalah suatu yang benar dan serius, dan ia tiada kaitan dengan drama emosi dan krisis identiti remaja. Ia satu ruang untuk anda rekodkan log aktiviti perdagangan serta fikiran anda sebelum dan selepas urusniaga. Ia perkakas yang sudah terbukti ampuh untuk penilaian diri, disiplin, dan perancangan. Tiada pedagang yang berjaya berasa malu bila bercakap tentang jurnal perdagangan mereka. Malahan sebaliknya, mereka berbangga betapa mudahnya mereka berjaya menambah baik prestasi mereka menerusi penguasaan emosi peribadi dengan menerapkan metrik-metrik yang ringkas, dan mematuhi pelan perdagangan mereka dengan tepat.

Kenapa Perlu Buat Jurnal?
Sejujurnya, penyelenggaraan jurnal menuntut banyak masa dan tenaga. Terutamanya bila anda baru sahaja bermula dan tidak nampak di mana pengaruh positifnya, laman yang kosong boleh melumpuhkan semangat. Sungguh begitu, selepas dua atau tiga minggu, anda akan rasa gembira melihat kesannya yang pertama dan bersyukur kerana tidak berputus asa pada mulanya.

Mengapa pula saya perlu membuat jurnal? Saya baik-baik sahaja, memang saya ada rugi di sana sini, tetapi semua orang pun begitu!’ — Mungkin begini suara memberontak di minda anda.

Soalan itu wajar-wajar sahaja, dan saya ada jawapan yang mudah dan pendek. Jurnal perdagangan akan mendisiplinkan anda dan mendidik anda untuk tidak menyerah kepada emosi, mematuhi pelan, dan menjadikan strategi anda berkesan. Setelah sekian waktu, kerugian anda akan menjadi semakin tidak rawak dan luar jangkaan, manakala trend pasaran jadi lebih mudah difahami dan dijangka.

Jadi, lakukanlah — CATAT!




C — Catat apa sahaja yang anda mahu. Anda boleh pilih untuk catatkan apa-apa maklumat, fikiran, emosi, dsb. yang mungkin berguna untuk anda kemudian. Tiada garis panduan yang ketat di sini. Namun, di bahagian selanjutnya artikel ini, saya akan berikan beberapa tips tentang poin-poin yang dinasihatkan oleh pakar untuk didokumenkan di dalam jurnal anda.

A — Analisa baik dan buruk keputusan yang diambil. Adalah penting untuk fokus bukan sahaja pada kegagalan anda. Urusniaga yang menguntungkan tidak kurang pentingnya kerana ia matlamat akhir anda.

T — Teliti pedagang-pedagang yang berjaya. Anda perlu sedari apakah pola-pola tipikal yang membawa kepada urusniaga yang menguntungkan. Cara paling mudah untuk meneroka hal ini adalah dengan mengikuti dan meniru pemain-pemain terbaik pasaran. FBS membolehkan ini dilakukan menerusi app CopyTrade kami. Selain itu, ia juga komuniti yang baik untuk pedagang-pedagang yang berkongsi minat!

A — Ambil screenshot. Tiada yang lebih deskriptif dari gambar pergerakan harga yang sebenar. Jadi jangan teragak-agak unutk menyimpan carta-carta berkenaan dan tinggalkan komen anda tentang apa yang anda lihat dan bagaimana pasaran akan berubah di masa terdekat.

T — Terokai emosi anda. Emosi adalah musuh terbesar anda, dan ia juga satu-satunya senjata anda. Percayai dan kawal ia! Bila anda lihat ia diperihalkan di atas sekeping kertas, ia tidaklah nampak begitu berkuasa dan dramatik seperti yang anda rasakan sewaktu berdagang. Jadi sedikit demi sedikit, anda akan belajar menyalurkan emosi ke arah kemenangan.

Apa Yang Perlu Dicatat Ke Dalam Jurnal?
Anda sudah cukup bersemangat? Inilah momen di mana anda memulakan lembaran baru. Saya telah sediakan satu senarai perkara-perkara yang anda mungkin mahu rakamkan ke dalam jurnal perdagangan anda.

1. Suasana pasaran
Pertama sekali, putuskan bagaimana anda melihat pasaran secara am dan siapakah anda sebagai seorang pedagang. Anda boleh jawab kuiz kami dan ketahui anda jenis pedagang yang bagaimana, atau pilih satu gaya yang sajak dengan personaliti dan keperluan anda.

Dengan seorang alter ego yang anda pilih untuk dunia perdagangan, kini anda harus membiasakan diri dengan persekitarannya. Pasaran kewangan bukanlah tempat yang anda boleh melepak berfoya-foya, tetapi lebih kepada tempat yang 'tenang sebelum ribut dan halilintar menggila'. Sungguh pun begitu, ia ada peraturan dan pola tingkah laku yang anda boleh kaji, urus, dan gunakan untuk strategi-strategi anda.

Kaji faktor-faktor yang boleh mempengaruhi trend pasaran hari ini dan catatkan mana yang paling signifikan. Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan, gunakan signal-signal perdagangan, baca tentang tips-tips untuk pedagang, dan berita Forex.

Dengan pengalaman dan gerak hati tentang pasaran, keyakinan akan timbul dalam diri dan membolehkan anda bukan hanya berasa seperti raja di dunia itu tetapi juga mengharungi kerugian dengan bermaruah.

2. Keadaan mental anda
Rekodkan perasaan anda sebelum suatu urusniaga. Sama ada sedang gembira atau gemuruh pada peringkat permulaan, ini semua boleh mempengaruhi tingkah laku, konsentrasi, dan kebolehan untuk bertindak pantas dengan kritikal. Sesetengah urusniaga langsung tidak menyentuh emosi, manakala yang lain pula membuatkan anda keluh kesah dan berdoa mohon tolak bala. Jadi perasaan anda sewaktu berdagang sebenarnya signifikan.

Praktis ini membolehkan anda memahami fikiran perkara-perkara yang mencetus fikiran dan emosi di sebalik setiap urusniaga anda. Anda akan lebih jelas tentang apakah keadaan yang anda harus elakkan, melatih anda menangani tekanan, dan menggunakan kekuatan yang ada pada anda.

Bila anda sudah mengenali dan memahami tingkah laku anda, urusniaga yang anda tutup anda mendapat kelebihan yang ia perlukan!



3. Senario suatu urusniaga
Saya tidak mahu 'potong stim' atau kedengaran seperti guru yang perengus, tetapi saya terpaksa. Berdagang bukanlah seperti suka-suka berjudi dengan wang percuma. Jika anda masih lihat ia dengan sudut pandang seperti ini, saya cadangkan anda berhenti sebelum terlambat dan akaun anda berseri dengan angka SIFAR yang bulat dan cantik.

Ada banyak jalan yang boleh membawa anda kepada kejayaan dalam dunia perdagangan, tetapi sesetengah metrik menjadikan pasaran dan tingkah laku anda lebih terancang dan berstruktur.

Untuk merangkumkan semua maklumat yang telah disebut, berikut adalah poin-poin yang anda boleh gunakan dalam jurnal anda. Contoh ini tidak menggunakan pengiraan dan harga sebenar dari pasaran.

Tarikh: 26 September

Instrumen perdagangan: EUR/USD

Rangkamasa: 15 minit

Masuk: 1.09445 10:48

Keluar: 1.09017 12:48

Saiz posisi: 3

Baki ketika masuk: £20,000

Baki ketika keluar: £21,035

Untung/rugi: +£1,035

Screenshot:

Screenshot untuk titik kemasukan dengan penjelasan terperinci mengapa anda mula berdagang di titik ini dan di mana anda pasangkan garisan renti rugi. Carta anda ketika keluar juga tidak kurang pentingnya kerana anda akan dapat melihat dengan lebih jelas selepas anda meninggalkan suatu urusniaga. Kemudian, anda boleh analisa sama ada ia pilihan titik keluar yang terbaik, atau tidak.

Analisis fundamental

Tuliskan beberapa ayat tentang sebarang peristiwa atau berita yang telah mempengaruhi keputusan anda untuk berdagang.

Analisis teknikal

Jelaskan mengapa anda mulakan urusnaiga berdasarkan kepada analisis carta anda.

Mindset

Catatkan bagaimana perasaan anda. Analisa jika emosi anda neutral, atau jika anda rasa stres, gemuruh, dan marah.

Pelan perdagangan

Di sini anda harus jujur akui sama anda mengikut pelan anda dan melaksanakan tindakan selaras dengan sistem perdagangan anda, atau apakah anda telah dipengaruhi faktor-faktor tertentu, keadaan emosi, dan akhirnya terpesong dari arah yang nak dituju. Jujurlah, jangan tak jujur!

Kesimpulan dan analisis

Jangan langkau seksyen ini! Semua langkah sebelum ini perlu dilakukan hanya untuk mendapatkan bahagian yang ini. Fikirkan tentang semua keputusan-keputusan anda, yang betul, yang gagal, dan situasi pasaran yang tidak dijangka. Kelak, anda akan dapat memformulakan keadaan yang paling menyumbang kepada keputusan terbaik. Selain itu, anda juga akan lebih komited dengan perdagangan anda, konsisten, dan berdisiplin merekodkan jurnal.

Mula Catat Jurnal Hari Ini Juga!



Gunakan peluang untuk melabur pada pembangunan diri dan menambah baik prestasi. Ya, ia kedengaran seperti rumit sekali! Tetapi ia berbaloi 100%!

Di dalam jurnal anda, anda boleh jujur kepada diri sendiri. Tiada siapa yang boleh beritahu anda apa, bagaimana, dan bila anda harus lakukan catatan. Anda boleh jadi diri anda sendiri — seorang yang mandiri dengan semangat yang luar biasa dan keinginan yang tak terbatas untuk ilmu pengetahuan.

Satu hari nanti dengan jurnal anda, anda akan dapat menjadi pedagang yang berdisiplin, mematuhi pelan seperti robot, meramalkan kesan dari kemeruwapan pasaran, dan mempunyai jalan panjang menuju kejayaan terdokumentasi dengan baik di dalam 'wahai diari' profesional anda.

Ini bukan sekadar cakap-cakap manis bersira madu, tetapi percubaan ikhlas dari saya untuk membuatkan anda berasa lebih yakin dengan diri anda sebagai seorang pedagang! Anda seorang yang teliti dan menyeluruh — pedagang yang boleh dan akan menjadi lebih baik dengan FBS di sisi anda.

Kirimkan salam dan sayang saya kepada diari perdagangan anda! Semoga pembelajaran kalian membuahkan hasil, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian!






Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini