Ringgit di jajaran kritikal 4.20 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit di jajaran kritikal 4.20 berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut hari ini disebabkan sentimen lemah di tengah-tengah penyusutan yuan, kata peniaga.

Strategi pasaran di Axi Trader Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata yuan yang lemah di sebalik sentimen negatif berhubung perang perdagangan melemahkan ringgit, yang kini berada di paras jajaran kritikal 4.20.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1950/1980 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1950 penutup Selasa.

"Tumpuan antarabangsa secara keseluruhannya kekal terhadap perbincangan perdagangan, dan jika ia berakhir dengan perbalahan, yuan akan terus lemah ke paras 4.20, yang sudah memadai untuk menarik mata wang tempatan ke paras 4.21-22 berbanding dolar AS," katanya.

Bagaimanapun, Innes berkata Belanjawan 2020 akan mendorong untuk mengekalkan minat pelabur.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0355/0381 daripada 3.0381/0407 tetapi menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.9169/9008 daripada 3.9148/9187.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1246/1287 daripada 5.1327/1380 dan naik berbanding euro kepada 4.5960/6010 daripada 4.6058/6107. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini