Ringgit dibuka lemah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lemah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini menjejaki penyusutan yuan China, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, nota tempatan berada pada 4.1870/4.1900 berbanding dolar AS daripada 4.1840/1870 penutup Jumaat.

Strategi pasaran di Axi Trader Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata pegawai China memberi isyarat bahawa mereka enggan bersetuju kepada terma perjanjian meluas semasa rundingan perdagangan AS-China minggu ini.

Katanya, pelabur dijangka mengambil sikap tunggu dan lihat.

Di peringkat domestik, Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan Jumaat ini akan menjadi tumpuan utama untuk melihat bagaimana pelabur asing bertindak balas, kata Innes.

Ringgit didagangkan lemah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali dolar Singapura.

Ia susut berbanding yen kepada 3.9226/9265 daripada 3.9194/9230 Jumaat lalu dan lemah berbanding pound pada 5.1634/1675 daripada 5.1631/1680.

Nota tempatan juga susut berbanding euro kepada 4.6011/6048 daripada 4.5928/5977.

bagaimanapun, ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0330/0356 daripada 3.0332/0363 sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini