Ringgit dibuka tinggi pada awal dagangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi pada awal dagangan



KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada dagangan awal hari ini berikutan permintaan pelabur beralih kepada mata wang tempatan dipacu keyakinan terhadap perbincangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, dengan AS dijangka hampir memuktamadkan beberapa bahagian perjanjian dengan perunding China.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1805/1835 berbanding dolar AS daripada 4.1845/1875 yang dicatatkan pada penutupan Jumaat lalu.

Dalam kenyataan, AmBank Research berkata dolar merosot disebabkan indeks pembuatan Dallas Fed yang lebih lemah daripada jangkaan pada Oktober yang berada pada -5.1 daripada +1.5 pada September.

Mengulas mengenai mata wang tempatan berbanding dolar AS, firma penyelidikan itu berkata pihaknya menjangkakan ia berada pada paras sokongan 4.1717 dan 4.1777 dengan paras rintangan ditambat pada 4.1950 dan 4.2013.

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0683/0723 daripada 3.0692/0725 dan naik berbanding yen kepada 3.8350/8388 daripada 3.8506/8548.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3711/3754 daripada 5.3716/3768 dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.6391/6428 daripada 4.6502/6552.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini