Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit hari ini didorong oleh sentimen positif mengenai rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) -China, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada paras 4.1860/1890 berbanding dolar AS, daripada 4.1870/1900 ketika ditutup pada Selasa

Ahli Strategi Pasaran AxiTrader Asia Pacific Stephen Innes berkata, bagaimanapun, sesetengah pelabur kekal tidak memasuki pasaran kerana mereka menunggu pemangkin penting seterusnya yang boleh mengurangkan tarif perdagangan sedia ada.

“Sementara itu, saya menjangkakan ringgit akan terus berlegar dalam jajaran 4.17 hingga 4.20 berbanding dolar AS, menjelang mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di mana kita akan dapat melihat sedikit kelegaan apabila fasa satu perjanjian perdagangan AS-China ditandatangani,” kata Innes .
Di peringkat tempatan, beliau berkata kadar inflasi Malaysia yang lemah yang di luar jangkaan pasaran adalah negatif untuk ringgit, yang menyaksikan ia berada pada paras di atas 4.19 awal hari ini berikutan tahap aktiviti ekonomi di dalam negara gagal membendung inflasi.

Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini melaporkan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.1 peratus pada September 2019 kepada 121.8 berbanding 120.5 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama.

Ia meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0707/0734 daripada 3.0730/0757 tetapi susut berbanding yen kepada 3.8620/8651 daripada 3.8558/8589.

Ringgit meningkat berbanding pound Britian kepada 5.3794/3850 daripada 5.4138/4198 dan naik berbanding euro kepada 4.6506/6557 daripada 4.6660/6702 pada Selasa.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini