Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini didorong keyakinan diperbaharu dalam pasaran pertukaran asing selepas United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) mencapai persetujuan bagi perjanjian Brexit yang baharu, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1780/1830 berbanding dolar AS daripada 4.1935/1965 ketika ditutup pada Rabu.

Penganalisis Kanan Pasaran Oanda, Craig Erlam berkata pound British meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan berbanding dolar AS susulan pengesahan perjanjian itu sebelum aktiviti pengambilan untung mula aktif.

“Ia serentak dengan pengesahan Democratic Unionist Party bahawa pendirian mereka tidak berubah, sekali gus menunjukkan mereka tidak akan menyokong perjanjian itu pada Sabtu, menjadikan pertimbangan parlimen pada Sabtu lebih sukar,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0610/0658 daripada 3.0560/0585 ketika ditutup pada Rabu serta rendah berbanding pound British kepada 5.4005/4086 daripada 5.3513/3568.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding yen kepada 3.8415/8471 daripada 3.8575/8613 semalam namun susut berbanding euro kepada 4.6443/6507 daripada 4.6288/6338.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini