Ringgit lemah di awal dagangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit lemah di awal dagangan


KUALA LUMPUR: Ringgit merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal sesi hari ini apabila permintaan pelabur beralih ke arah dolar AS, berikutan penerbitan data perkilangan yang lebih kukuh daripada jangkaan di AS.

Pada 9.10 pagi, nota tempatan didagangkan pada 4.1850/1890 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1870 penutup semalam.

Dalam satu nota, AmBank Research berkata dolar AS menokok berikutan anggaran awal Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Markit yang meningkat kepada 51.5 mata daripada 51.1 mata pada September dan mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 50.7.

Firma penyelidikan itu menjangkakan ringgit turun naik dalam tahap sokongan 4.1752 dan 4.1800 dengan rintangan pada 4.1902 dan 4.1940.

Sementara itu, nota tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0691/0725 daripada 3.0676/0714 dan merosot berbanding yen kepada 3.8508/8555 daripada 3.8482/8533.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3752/3812 daripada 5.3890/3945 dan menokok berbanding euro kepada 4.6458/6515 daripada 4.6553/6614.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini