Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kembalinya minat pelabur selepas data jualan runcit AS menunjukkan angka negatif, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1880/1920 berbanding dolar AS daripada 4.1935/1965 penutup Rabu.

Jabatan Perdagangan AS semalam mengeluarkan data perkhidmatan runcit dan makanan yang mencatat penguncupan 0.3 peratus kepada AS$525.6 bilion berbanding bulan sebelumnya, penyusutan pertama dalam tempoh tujuh bulan.

Ini berlaku selepas dolar AS mendapat keyakinan susulan gencatan terbaru perang perdagangan AS-China.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain kecuali yen, yang mana ia mengukuh kepada 3.8525/8572 daripada 3.8575/8613.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0576/0607 daripada 3.0560/0585, lemah berbanding pound British kepada 5.3728/3783 daripada 5.3513/3568 dan merosot kepada 4.6411/6460 daripada 4.6288/6338 apabila dibandingkan dengan euro.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini