Ringgit rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika urus niaga dibuka hari ini berikutan permintaan lemah terhadap mata wang tempatan, menjelang pengeluaran data sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS).

Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1860/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1850/1890 semasa ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata peserta pasaran menjangkakan data pembuatan AS akan kembali mencatatkan pertumbuhan pada September selepas menguncup buat julung kalinya pada Ogos dalam tempoh tiga tahun.

“Aktiviti pembuatan AS menguncup disebabkan perang perdagangan AS-China. Bagi September, peserta pasaran menjangkakan perkembangan positif, dan ini mungkin akan mengurangkan kebimbangan terhadap kesan perang perdagangan,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0272/0310 daripada 3.0256/0296 semalam tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.8698/8746 daripada 3.8757/8801.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1404/1457 daripada 5.1496/1562 dan naik berbanding euro kepada 4.5598/5658 daripada 4.5704/5752 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini