SELAMAT TINGGAL SUPER-MARIO - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

SELAMAT TINGGAL SUPER-MARIO



Selepas 8 tahun menjadi presiden Bank Pusat Eropah (ECB, European Central Bank), Mario Draghi mengucapkan selamat tinggal di sidang akhbar ECB beliau yang terakhir. Beliau dipanggil Super Mario di atas peranan besar beliau mengetuai zon euro dalam menghadapi waktu-waktu sukar krisis hutang dan isu inflasi.

Draghi menerima jawatannya pada November 2011, sebaik selepas krisis kewangan di zon euro bermula. Di kemuncak krisis, para pelabur bimbang dengan hutang, Sepanyol, dan situasi ekonomi di Itali. Draghi menyelamatkan keadaan pada waktu di mana ramai yang berfikir zon euro sedang menanti ajalnya.

Draghi membentangkan idea transaksi monetari serta-merta (OMT, outright monetary transactions). Walaupun program ini tidak pernah digunakan, kewujudannya sahaja sudah cukup untuk menenangkan pasaran dan pelabur, dan ECB tidak perlu membelanjakan walau satu Euro pun untuk membetulkan situasi kerajaan yang mencemaskan. Beliau juga telah menghadapi cabaran-cabaran besar lain seperti pertumbuhan ekonomi yang lesu dan inflasi.

Walaupun En. Draghi telah mencuba sebaik upaya beliau, dia tidak dapat menghalang euro dari penyusutan nilai. Zon euro perlukan polisi monetari yang baru. Mari lihat bagaimana euro akan bertindak balas terhadap presiden yang baru.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini