Adakah Rundingan Dagang AS-China Masih Viral? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Adakah Rundingan Dagang AS-China Masih Viral?



Ketidaktentuan hubungan dagang AS-China terus berlarutan bila kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kesepakatan dalam isu-isu utama. Menurut dari kata-kata Presiden Donald Trump sendiri, jika kedua-dua negara tidak dapat merumuskan rundingan, Rumah Putih akan menaikkan tarif terhadap barang-barang dari China.

Bagaimana pun, petunjuk terhadap kemajuan rundingan dagang tersebut agak bercampur-campur. Sebagai contoh, mula-mula sekali jurucakap untuk Kementerian Perdagangan China telah mengatakan bahawa kedua-dua negara telah bersetuju untuk membatalkan beberapa tarif yang sedia ada secara serentak. Selepas itu, En. Trump telah menafikan kenyataan beliau. Inilah sebabnya mengapa "perbincangan konstruktif" terkini di antara AS dan China minggu lalu kami cadangkan agar anda lihat sebagai signal untuk berhati-hati.

Jika ada lebih banyak berita negatif berkaitan topik ini muncul, berikan perhatian kepada emas, yen Jepun dan franc Swtizerland, kerana aset-aset ini dijangka akan menguat. Sebaliknya, jika ada lebih banyak petunjuk tentang kemajuan yang positif, kami menjangka aset-aset berwajaran risiko (seperti AUD dan CNH) akan menguat.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini