Indikator Tahap Risiko untuk Pelabur yang pintar


Ada kemaskini yang sangat penting dan ditunggu-tunggu di app CopyTrade. Kami telah menambah "Tahap Risiko" — kini anda boleh anggarkan risiko melabur dengan seseorang Pedagang dan mendapat gambaran yang lebih baik sebagai seorang Pelabur.



Fitur Tahap risiko
Kini anda boleh nilai pelaburan anda dengan lebih baik

1. Analisa risiko pelaburan

Tahap Risiko adalah nisbah peratusan di antara dana pedagang dan dana yang digunakan dalam perdagangan. Ia menampilkan bukan hanya data semasa — anda boleh lihat sejarah perubahan indikator ini.



2. Bandingkan para Pedagang dengan kriteria yang kompleks

Lihat jika risiko yang diambil berbaloi sebelum menggunakan indikator Kadar Pulangan




3.Gunakan fitur tapis dan susun bila mencari Pedagang

Fitur tapis membantu anda menetapkan tahap risiko tertinggi yang anda boleh terima untuk Pedagang. Gunakan fitur susun untuk menyusun senarai Pedagang berdasarkan tahap risiko dari maksimum ke minimum.




Bina dan pelbagaikan portfolio anda sebagai pelabur di CopyTrade

Lebih tinggi keberuntungan, lebih tinggi juga risikonya. Ingati ini dengan cermat bila membuat keputusan. Pelbagaikan Pedagang anda. Sebahagian dari Pedagang anda mungkin berisiko tinggi tetapi menguntungkan, dan yang selebihnya — kurang menguntungkan, tetapi kurang berisiko.
Kami berharap perdagangan anda untung-untung belaka! Buka app untuk melihat bagaimana kemaskini ini berfungsi.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini