Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikan pada minggu lalu untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dengan bersandarkan dolar AS yang lebih lemah dan pemangkin positif dalami pasaran tempatan, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1500/1540 berbanding dolar AS daripada 4.1640/1670 semasa ditutup pada Jumaat.

Peniaga berkata, mata wang tempatan dan negara sedang pesat membangun berada pada aliran meningkat susulan keyakinan yang meningkat terhadap perbincangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan peningkatan data kerja AS turut mendorong minat pelabur global terhadap aset lebih berisiko.

Beliau berkata, pelabur juga sedang menunggu hasil mesyuarat dasar monetari Bank Negara Malaysia, esok, yang dijangka memberikan beberapa petunjuk positif untuk merangsang ekonomi.

Sementara itu, mata wang tempatan hari ini diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0571/0612 daripada 3.0649/0683 pada Jumaat dan meningkat berbanding yen kepada 3.8288/8335 daripada 3.8538/8569.

Ia naik berbanding pound Britain kepada 5.3614/3678 daripada 5.3915/3963 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6326/6388 daripada 4.6420/6470.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini