Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini susulan peningkatan harga minyak mentah, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.1700/1740 berbanding dolar daripada 4.1810/1850 pada penutupan Selasa.

Peniaga berkata, penanda aras minyak mentah Brent meningkat 0.19 peratus kepada AS$63.33 satu tan pada penutupan hari ini, yang memberi sokongan kepada ringgit.

Beliau berkata, sentimen positif itu juga didorong oleh petunjuk bahawa AS-China akan mencapai kesepakatan dalam rundingan perdagangan semasa.

“Jangkaan bahawa China dan Amerika Syarikat akan mencapai persetujuan sementara dalam perdagangan memberi dorongan baharu kepada pasaran global, dengan Presiden Donald Trump berkata rundingan kini di peringkat akhir,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0520/0561 daripada 3.0596/0630 pada Selasa, dan tinggi berbanding pound British kepada 5.3626/3694 daripada 5.3784/3848 semalam.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.8190/8237 daripada 3.8372/8412 dan tinggi berbanding euro kepada 4.5908/5956 daripada 4.6050/6098 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini