Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit melantun pada pembukaan hari ini susulan pembetulan teknikal menjelang pengumuman keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada harga 4.1470/1500 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding 4.1560/1590 penutup Khamis.

Ahli strategi pasaran di Axi Trader Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata peniaga kini memantau angka KDNK Malaysia untuk mendapatkan petunjuk berhubung dasar monetari.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0468/0501 daripada 3.0492/0532 penutup Khamis dan mengukuh berbanding yen kepada 3.8186/8217 daripada 3.8269/8300.

Bagaimanapun, ia susut berbanding pound Britain kepada 5.3430/3473 daripada 5.3396/3451 dan merosot berbanding euro kepada 4.5725/5762 daripada 4.5716/5757.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini