Trading at flattening zones - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Trading at flattening zones


Bagi ramai pedagang, membuat keputusan tentang strategi perdagangan di waktu-waktu di mana pasaran memasuki zon ragu-ragu adalah satu dilema besar. Di antaranya adalah zon horizontal yang mendatar seperti di carta H1 EUR/CAD di bawah. Ayuh, mari kita lihat bersama-sama.


Cara untuk mendapatkan petunjuk tentang mengenal pasti pergerakan pasaran yang seterusnya adalah dengan membandingkan zon-zon sebegitu dengan aras sokongan dan rintangan.

Di carta di atas, segi empat kelabu menandakan sektor pergerakan horizontal di antara aras sokongan 1.4586 dan aras rintangan 1.4642.

Zon 1 mengnadungi zon mendatar di sebelah tepi garisan rintangan. Zon ini terbentuk oleh pengukuhan jangka pendek pada pasaran. Untuk ramai pedagang, itu adalah petanda penembusan ke atas dan penerusan trend bullish. Bagaimana pun, kenyataan adalah sebaliknya: pertembungan dengan garisan rintangan menjurus kepada kejatuhan mendadak. Lantas, mereka yang telah mengambil posisi short di dalam Zon 1 menerima manfaat dari penurunan yang tidak disangka-sangka ini.

Zon 2 mengandungi pergerakan mendatar, tetapi kini di aras sokongan. Untuk sesetengah pedagang, ia ditafsir sebagai waktu menunggu untuk melihat jika carta akan semakin ke selatan, tetapi sekali lagi yang sebaliknya berlaku. Sebaik selepas Zon 2, euro mulai bergerak ke atas menembusi aras rintangan dan mencapai harga tinggi tempatan yang baru (new local high).

Mentaakul zon-zon sebegitu tampak agak enteng, tetapi adakalanya situasi sebenar tidak begitu jelas. Anda harus ingat bahawa pasaran boleh bergerak dalam kedua-dua arah. Kerana itulah penting untuk mendapatkan maklumat tambahan dari indikator-indikator lain, pola-pola carta, atau candlestick. Sebagai contoh, jika indikator MACD atau Awesome Oscillator membentuk capahan bearish/bullish (bearish/bullish divergence), maka tibalah masa untuk penyongsangan arah. Mari kita lihat dengan lebih dekat.

Imej di bawah menunjukkan Zon 1 dari carta yang sama. Kita boleh lihat di sini pengukuhan pasaran di aras rintangan dan peningkatan perlahan-lahan di zon rintangan tempatan ditandakan dengan garisan coklat. Kedua-dua garisan bila digunakan secara bersama membentuk capahan (divergence) bearish dan ini dilihat sebagai tanda awal penyongsangan bearish di pasaran. Itu kita dapat lihat selepas sektor tersebut, jadi dinasihatkan untuk jual di dalam Zon 1.



Zon 2 diselidik di dalam imej seterusnya. Ia menunjukkan gerakan mendatar betul-betul di atas aras sokongan, seolah-olah pasaran sedang bertafakur sebentar untuk mengumpulkan kekuatan dan memutuskan ke mana ia mahu pergi. Aras rintangan tempatan berada di 1.4601 untuk zon spesifik ini. Bila bar bullish di hujung zon yang dipilih menembusi aras rintangan, ini bererti pasaran memang berniat untuk kembali ke atas dan bergerak bersama bulls. Lantaran itu, adalah dinasihatkan untuk membuka posisi long di dalam Zon 2.


Kesimpulan

Kini kita boleh katakan bahawa pengukuhan pasaran di aras rintangan atau sokongan seringkali berkemungkinan menandakan lantunan dari aras tersebut. Pergerakan yang mendatar di aras rintangan menandakan kemungkinan pergerakan bearish, manakala gerakan mendatar di aras sokongan menandakan kemungkinan pergerakan bullish. Justeru itu, kita beli di aras sokongan bila harga mendatar dan kita jual di aras rintangan bila harga mendatar.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini